5 tahun dulu tak pernah kenal & tahu pun pasal masakan ini... Sekarang dah jadi menu wajib lak sekurang2 nya sekali sebln... Tapi En.Suami lah yg byk ke dapur... Saya tolong ape yg patut jer...Belum confident nak buat sendiri... Nanti ntah ape lak rasanya.... OK ini Resepi saya Copy N Paste dari Majalah Rasa... hihihi...
Selain ayam, hidangan ini juga boleh menggunakan ikan keli atau ikan sungai lain. Bergantung kepada citarasa anda. Asam rom diperbuat daripada buah perah atau getah. Ia dijemur, dikopek, ditumbuk dan diuli sehingga mengeluarkan minyak.
Oleh: EDITORIAL RASA
Tarikh: 24 Disember 2012
Tarikh: 24 Disember 2012
Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 5 orang
Saiz hidangan untuk : 5 orang
BAHAN-BAHAN:
• ½ ekor ayam | dipotong
• 1 ikat pucuk paku
• 20gm asam rom | ditumbuk sedikit
• 30 biji cili padi } ditumbuk
• 5cm kunyit hidup } ditumbuk
• 2 biji terung bulat hijau | dipotong
• 20 biji terung pipit
• 2 batang bunga kantan | dihiris
• 5 helai daun kesum
• 4 keping asam keping
• Air secukupnya
• Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan tumbuk, asam rom dan air secukupnya ke dalam periuk. Didihkan. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan ayam, terung bulat, terung pipit, bunga kantan, daun kesum dan asam keping.Gaul rata.
3. Seterusnya barulah dimasukkan pucuk paku.
4. Akhir sekali, perasakan dan sedia untuk dimakan.
2. Kemudian masukkan ayam, terung bulat, terung pipit, bunga kantan, daun kesum dan asam keping.Gaul rata.
3. Seterusnya barulah dimasukkan pucuk paku.
4. Akhir sekali, perasakan dan sedia untuk dimakan.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Ulasan
Catat Ulasan