Kira-kira 2 tahun lepas IbuAm mengalami masalah daripada pengambilan suntikan perancang... Masalah yang Ibu Am alami adalah :- 1)Kenaikan berat badan yang terlalu ketara... Walhal sebelum itu semua baju lama2 Ibu Am boleh pakai... Yang paling best seluar jeans masa zaman anak dara pun IbuAm pakai tau... IbuAm hanya mengambil suntikan perancang keluarga setelah usia Adeq Amna 6 bulan... 2) Pendarahan yang terlalu lama... Period paling lama adalah 15hari... Selepas itu dikira darah Istihadah... Dalam tempoh 3bulan, boleh dikira dengan jari berapa hari sahaja yang IbuAm bersih... Semuanya bermula selepas suntikan kedua... 3) Keputihan juga banyak dan menyebabkan kegatalan yang teruk pada bahagian tersebut... Ini sangat tidak menyelesakan keadaan IbuAm... Atas nasihat doktor, IbuAm tak teruskan suntikan seterusnya... Alhamdulillah hari terakhir IbuAm kena adalah sehari sebelum puasa... IbuAm berjaya berpuasa penuh pada tahun tersebut... Panjang lebar IbuAm cerita......
Ini adalh kisah kami.... Coretan hidup kami....amsz-dihati adlh gabungan nama2 kami... Namun lebih menjurus kpd nama puteri & putera cinta hati kami... Pada asalnya blog ini hanya utk bisnes, namun selepas itu telah ditukar kpd cerita kami....