Sekarang aku tengah berusaha nak bagi baby Amna susu badan
secara ekslusif selama 2 tahun… Hopefully akan berjaya… Kalau dulu untuk Kakak Amni & Abang
Ammar, Ibu tak dapat lunaskan impian Ibu itu… Semoga kali ini akan terlunas
dengan adanya sokongan daripada En.Hubby, family, kawan2, serta ilmu yang Ibu
dapat daripada pembacaan Ibu…
Ada yang kata kalau nak susukan baby nie susahlah… Nak kena
pam kat tempat kerja… Buat stok susu…. Bagi aku pula…”Ini adalah moment
terindah bagi seorang IBU”… Masa inilah baby @ anak nak dengan kita sahaja…
Selalu nak duduk rapat2… Boleh peluk2 dia… Cium2 & sayang2 dia… Mana tahu
dah besar nanti dia dah tak nak dengan kita… Tentu kita akan rasa RINDU dengan
suasana ini… Harap2 sampai besar, anak2 akan sentiasa rapat dengan IBUABI…
Macam Abang Ammar…. Sekarang kalau orang cium & sayang
dia, dia akan lap tempat yang kena cium tue… Kalau pipi, kat pipilah dia lap…
Kalau dahi, dahi lar yang dia akan lap… Kadang2 geram juga tengok perangai dia…
Tapi kadang2 CUTE juga…
Bagi saya kalau nak teruskan MISI penting nie, ape yang
perlu saya ada adalah:
- Mind Set @ Fikiran saya perlu sentiasa berfikir
& berkata POSITIF… yakni Reski SUSU sentiasa ada untuk Baby Amna – kerna
lau kita fikir tak ada, nanti kita akan STRESS… So, payahlah susu nak terhasil
dengan meriahnya..
- - Jaga pemakanan – walaupun kadangkala IBU culas
dalam perkara ini… Maafkan Ibu ye Baby Amna
- - Ambil Vitamin @ supplemen dalam memberi tenaga kepada IBU – Ini saya
amik SHAKLEE, of coz lar produk yang saya jualkan
- - Sokongan daripada En.Suami – Alhamdulillah dia
memang menyokong & membantu saya dalam perkara ini.. Contoh kadangkala bila
saya balik dari kerja, dia cepat2 ambil beg & simpankan susu serta Icepack
saya… Syukur sangat.
- - Teruskan menggali ilmu2 dalam panduan menyusukan
anak bagi IBU2 bekerjaya
- - Membaca kisah2 orang yang telah Berjaya &
mengalami cabaran ketika menyusukan anak supaya dapat MEMOTIVASIKAN diri ini.
- - Sebenarnya banyak lagi… Cuma tak tahu macam mana
nak tulis…. Ada IDEA nanti saya SHARE lagi… hikhik
Kalau nak diikutkan saya dulu berhenti menyusukan anak2
sebab mengandung jer… Bukan sebab production susu merudum… Kakak Amni pai umur
dia 6 bulan… Abang Ammar pula sampai umur dia setahun lebih… Tak ingat berapa
bulan… Sebab masa tu walaupun dah tak
bagi direct feeding… Tapi dia sempat minum stok yang IBU simpan lebih kurang 3
bulan…
Orang kata dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan… Jadi
USAHA TANGGA KEJAYAAN…
Actually nie pic masa stok utk Abg Ammar.... Stok terbaru terlupa nak snap... Ape pun, sama jer... cuma tukar kedudukan bekas aiskrim tue ke pintu fridge... N isi dalam tupperware tu pun ofcoz lain... dulu lauk-pauk, sekarang aiskrim ok... U/P IbuAmsz memang byk cengkelat bab makan nie... aiskrim dah ku bedal lps 30hr pantang... Jangan tiru gelagat ku ini tau...



Ulasan
Catat Ulasan